me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Oct 16, 2011

''masyarakat dunia risiko"

Bidang kesihatan persekitaran semakin mencabar disebabkan oleh globalisasi, perubahan iklim, perubahan corak sosial dan ekonomi, kemusnahan persekitaran menyumbang kepada bencana alam semulajadi.Ini menjadikan masyarakat mula bertanya kesan konflik sosial global dan bencana alam sekitar sebelum ini.

Dalam gelombang globalisasi yang serba pantas,pelbagai ancaman telah dihadapi oleh masyarakat akibat bencana alam ini seperti wujudnya pelbagai jenis penyakit atau wabak yang berbahaya yang meresahkan dunia.Adakah ini menunjukkan bahawa kepesatan pada era globalisasi ini seolah-olah mengabaikan enklaf keselamatan masyarakat justeru telah meletakkan kita sebagai ‘masyarakat dunia berisiko’?

Antara isu hangat yang pernah mengejutkan masyarakat kita ialah ::

· Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

Ia merupakan singkatan bagiSevere Acute Respiratory Syndrome. Ia dikatakan sebagai satu bentuk pneumonia yang teruk yang dipercayai ditemui buat pertama kalinya di Asia Tenggara lewat bulan Februari 2003. Hasil penyelidikan juga mendapati simptom-simptom SARS menyamai wabak radang paru-paru yang melanda wilayah Guangdong, China pada September 2002.

Simptom-simptom seperti demam panas yang kuat (>38°C or 100°F), sesak nafas yang teru,batuk, rasa pening, tegang otot, hilang selera makan, ruam dan cirit birit.Tetapi biasanya demam muncul dahulu bersama dengan sakit-sakit otot, seram sejuk dan batuk jenis kering. Selepas 3 atau 4 hari, masalah pernafasan menjadi semakin teruk.

marilah kita mencegahnya bersama-sama:)

· Selesema babi ( Influenza A H1N1 )

Wabak selesema babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. V irus selesema babi meyerang sistem pernafasan melalui udara. Ia boleh merebak melalui bersin ataupun batuk oleh pesakit yang dijangkiti selsema babi.

Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah

· Selesema burung ( Avian Influenza )

Virus Selesema yang boleh menjangkiti manusia, burung, khinzir, kuda, anjing laut, ikan paus dan haiwan-haiwan lain, tetapi burung-burung liar menjadi perumah kepada virus ini.

Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.

  • Penyakit lembu gila (BSE)

sejenis penyakit neurodegeneratif lembu yang boleh membawa maut. Jangkitan boleh terjadi ketika haiwan-haiwan yang sihat makan tisu-tisu haiwan yang mempunyai penyakit BSE.

Penyakit lembu gila telah menyebabkan perhatian yang meluas kerana penyakit ini kelihatan mungkin boleh menjangkiti manusia. Kejadian ini mengakibatkan kemerosotan keupayaan fizikal dan mental, dan akhirnya kematian.

adakah manusia gila bila diserang penyakit ini?




No comments:

Post a Comment