me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Oct 22, 2011

Bersaing dengan tenaga buruh yang jauh lebih murah dalam membangunkan dunia.

Di dalam teori ekonomi, semua perkara dilihat dari sudut nilai ekonominya. Nilai ini juga yang menarik kecenderungan kita untuk membuat keputusan dan kesanggupan membayar harganya manakala perkara lain dilepaskan kerana kekurangan kelebihan berbanding pilihan yang dibuat. Begitu juga berlaku dalam keputusan kita menggunakan khidmat pekerja asing yang tidak mahir.

Kemasukan pekerja asing tidak mahir ke Malaysia bukan lagi perkara yang boleh dipandang remeh. Dilaporkan di dalam pembentangan menjawab persoalan di Parlimen baru-baru ini, bilangan pekerja asing yang sah menjangkau 1.8 juta orang (jumlah diberikan setakat 31/03/2006 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menjawab persoalan Puan Teresa Kok Suh Sim). Manakala jumlah pendatang asing tidak sah pula tidak dapat dikenalpasti.

Jelas kepada kita bahawa lambakan pekerja asing tidak terlatih sebenarnya menjurus kepada permasalahan dan bahaya yang tidak dijangka kepada persaingan eonomi. Keputusan ini telah menyebabkan kita ::

  • Ekonomi menjadi cenderung kepada penggunaan buruh mengakibatkan permintaan terhadap pekerja mahir makin berkurangan.
  • memberi beban kepada pasaran kerana tumpulnya keupayaan bersaing ekonomi Malaysia.
  • perkembangan ekonomi akan tersekat di dalam pusingan tidak produktif dan mengabaikan persaingan pasaran
  • menyumbang kepada peningkatan pengangguran di kalangan siswazah atau berpendidikan berlaku.
  • Peningkatan kes-kes jenayah seperti pembunuhan, kecurian dan pergaduhan di kalangan pendatang asing amat merisaukan.
  • menularnya penyakit yang berbahaya seperti Batuk Kering ekoran dari penghijrahan mereka yang gagal dikesan atau terbolos dari saringan kesihatan.

Negara-negara berasaskan buruh seperti China dan India mempunyai kependudukan yang tinggi yang menyebabkan tumpuan gunatenaga cenderung kepada asas buruh kerana secara dasarnya penawaran tenaga buruh dari dalam negara sendiri ini murah. Oleh sebab itu, China berupaya mengeluarkan barangan yang jauh lebih murah ke dalam pasaran.

Apa yang sering dijadikan alasan untuk menggunakan pekerja asing ialah sikap pekerja tempatan. Sikap pekerja tempatan yang enggan melakukan kerja-kerja kasar dan lasak atau tidak ada kelas merupakan permulaan kepada tindakan atau tekanan untuk mencetuskan buah fikiran baru dalam pembangunan tekonologi.

No comments:

Post a Comment