me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Jun 19, 2012

KRONOLOGI : Penghapusan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar



####"stop the killing n violence towards defenseless stateless muslim rohingya!"####





Kronologi Peristiwa di Rohingya :

3 Jun 2012 : 
10 orang Islam di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh kumpulan pengganas dan Rakhine kumpulan etnik perkauman.

- Mereka diserang setelah dikhabarkan bahawa seorang wanita Rakhine telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk islam di Akyap, ibu kota Arakan.

9 Jun 2012 :
Kampung Hazmia Para juga telah diserang dan dibakar.

10 Jun 2012:
Dua kampung terbesar, Warlispara dan Sakipara (dua kampung terbesar yang mempunyai bilangan orang islam Rohingya teramai) yang mempunyai Madrasah dan beribu pelajar telah diserang oleh Rakhine.

12 Jun 2012:
Pengawal sempadan Bangladesh dan pasukan peronda pengawal pantai tidak menerima (menghalau) 8 bot membawa lebih daripada 300 pelarian muslim Rohingya , kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.

15 Jun 2012:
angkatan tentera mengambil alih mengawal kampung Rohingya di Maungdaw dan Sittwe. Pergerakan dari rumah ke rumah hanya dibenarkan antara 12:00 petang hingga 3:30 petang.

Makanan, air, bekalan ubatan tidak lagi dihantar. Komunikasi dan elektrik masih dipotong. sementara semua kemudahan disediakan untuk agama Buddha Rakhines. Lebih daripada 50,000 masyarakat Rohingya memerlukan keperluan asas - air, makanan, ubat-ubatan dan pusat perlindungan untuk mereka yang kehilangan rumah dan kampung. Sekarang, hujan lebat di Maungdaw dan Akyab,muslim Rohingya tidak mempunyai tempat perlindungan untuk melindungi mereka dari hujan. Mangsa rusuhan Rohingya akan dijangkiti penyakit sekiranya hujan lebat masih berterusan.

16 Jun 2012:
orang Rakhine membakar perkampungan Haindapara di Maungdaw, daerah Arakan. Serangan bertempat di Arpauk Warr perkampungan Kyauktaw,daerah Arakan dan berlaku pertempuran dengan Rohingya. Seorang Rohingya meninggal dunia (disahkan) dan 21 buah rumah telah dibakar oleh Rakhine.

Rakhine mengepung kampung Aung Dine dan kampung Sakyar di Min Bya, daerah Rakhine . Orang Rohingya dari pekan Min Bya dalam keadaan bimbang dan tidak tahu bila Rakhine akan membakar kampung mereka.

nota :
1.Teruskan ikuti perkembangan saudara kita di Myanmar
2.Tembakkan doa buat mereka! adakan solat hajat di kawasan tempat tinggal anda!
3.Teruskan berkongsi maklumat-maklumat terkini kepada rakan-rakan anda! semakin ramai yang berongsi, semakin ramai yang tahu, maka semakin ramai yang mampu mendoakan!



###''we're Malaysian,and we care''###



Jun 16, 2012

tuition.teheee ;)

'cikgu! cikgu bawak student baru eh?'
wahah! macam nak buat lompat bintang aku mase tu..muda sangat ye nampak aku nih..or mungkin student-student sekarang mang nakal-nakal..-..-''.dalam pukul 6.30 pm,..diana..member aku call mintak tolong replace sorang cikgu ni kat tempat tuition dia mengajar.'kau tolong aku weh,ganti cikgu..ajar sains form 3..2 jam..2 class..pukul 7 pm aku amik kau.class start 8pm'..errr..ok!

tuition kat sri kembangan..boleh tahan la jauh dia..so sepanjang dalam kereta tu, aku macam orang hilang anak! cuak weh..cuak gila..dah la 1st time..nah..hambik! aku nak ajar ape ni weh? bab apa aku kene ngajar nih? aku nak cakap macam mane ni? sempat tak aku study sampai sane? beb..aku tak study hape pun nih! camne nak start? weii..otak aku kosong kot! 8tahun aku tinggal buku PMR tu..'rilex yat..rilex.kau kene cuba.nnt nak praktikal tahun depan,kau dah ade experience.kau dah tahu nak handle student.nnt kau dah terbiasa.kau boleh yat.boleh.!'

sampai class 7.50pm..solat..pastu dengan bantuan kawan aku,terus rentap buku rujukan PMR kat rak..bab 7.bab 7.bab 7..ahaa..bab heat! dengan sepintas lalu aku menelaah bab heat tu.ok.dah ready.1st class.'muka cool..dalam baju dah mengalir keringat-keringat disebabkan ke'cuak'kan aku'..fuhh..steady..steady..ok class..form brape nih? dah blaja sampai mane?ok..kita masuk bab7..sape dah blajar topic ni kat sekolah?.bab eletricity cikgu!!..aha..hah ! ELECTRICITY? bukan HEAT ke? pehal topic awak ngan cikgu lain nih? demmm.!!aku silap..tu form 1 punya bab..diannaaaa!! kau bagi aku salah topic hooii!!..

keringat-keringat peluh semakin pantas mengalir..sudahh..aku nak ajar ape nih.jap-jap.! bagi cikgu tengok-tengok dulu..maaflah.class 1st cikgu..tak biasa..'akak! eh..cikgu..ajar pakai buku kitorang lah..senang sikit'..ahaa..ok gak tu..buku dorang senang paham.pendek.start ajar..7.1,7.2,7.3,7.4,7.5..faham? faham cikgu.. ok stop! buat latihan.nah..lagi sekali! macam ape dah aku rase..latihan susah.rupanya aku dah terlebih mengajar dengan se'simple' yang mungkin..awak orang la nih..habis cikgu terlebih ke depan.haiishh!!.ok class.! kita start balik..hahaha..7.1..dengan lebih mendalam.rujuk balik buku PMR aku tadi..then discuss exercise..serious.dah la dengan otak kosong.rase macam orang bodoh depan student.dengan berpeluh.cover gugup lagi..dah campur baur melayu ngan english..haihh..ape kau nih cikgu yat? hahaha

then exchange class dengan diana..dia ajar math..'beb..nanti kau tanya ah dorang..mesti teruk kot aku kene.aku rase worse gila aku mengajar..ntah hape-hape.hahaha'.

masuk 2nd class.hahh.! kali ni dah hilang gugup..dah tahu nak explain..dah tahu nak start macamane..nak buat  ape.communication dengan student pun more better..dah gelak-gelak macam hape dah ngan student..dah tak de nak berpeluh-peluh nih..cool je rase..hahaha..fun jugak la.nak-nak bila student terjerit-jerit panggil cikgu! cikgu! kejap-kejap..akak..akak.! sebab dorang dorang percaya aku kata.'kita sebaya'..muahahaha

yes! 1st kene buat,build up relationship with student..bila relationship ok,so..penerimaan dorang pun ok..sampai end of class pun, dorang boleh bagi kerjasama yang baik.ada masa kene tegas sikit..tapi ade jugak lah 2,3 orang student yang susah nak handle..boleh nampak mane yang minat nak belajar,mane yang belajar sambil lewa.tapi yang paling aku risau, banyak mane dorang paham.banyak mane dorang dapat..yelah! dah la datang tuition kene bayar, rugilah kalau tak dapat pape.so,sebolehnya nak dorang betul-betul paham.biar aku ajar lintang pukang pon..hahaha.

nak tahu student class 1st cakap ape kat diana?

'cikgu,akak baru tu nervous eh?tangan dia ketar-ketar cikgu'..

'a'ah..cikgu tu 1st time mengajar..dia tak biasa.tu yang nervous sikit.ok tak?'

'owh..tak pe..kitorang faham cikgu..tak kisah..akak tu comel je cikgu bila mengajar...'

yehaaaa!! mula lah nak perasan sikit nih..COMEL.-muka hadap lantai-kaki kuis kuis tanah-..bhahaha..dah la siap panggil akak..diana dah buat muka pelik..hurmm..tapi tak berapa nak puas hati dengan pengajaran aku..maybe sebab tak sempat prepared pape kot..sebab kene ganti tiba-tiba..lambat bagitahu..otak kosong.kosong.kosong..tapi keyakinan tu semakin bertambah lah..ok lah..nanti praktikal,atleast aku dah ade pengalaman sikit..dah tak de nak peluh-peluh jantan mengalir laju di dahi...ade..ade..tapi saiz peluh tu kecik sikit..kelajuan mengalir kurang sikit..kot..hahaha..

mang plan dah lame nak mengajar tuition..selalu ade tawaran, harga best..kadang-kadang boleh sampai RM40 untuk satu jam je! paling cikai pun RM50 untuk 2 jam.ok ape..sape nak bagi RM50 untuk 2 jam kan..lagi pun mase mengajar tak rase pape..sejam macam 15 minit je.gelak-gelak.tup tup dah habis mase..tapi masalah bila transport tak de..join kawan-kawan boleh la..lagi pun bagus..rase pengalaman dulu before jadi cikgu yang real punya..build up keyakinan dulu..kan..:)



saat bila anda terasa macam nak terjun tingkap keluar dari class.-..-''

p/s: boleh lah singgah entry cikgu yayat yang tidak seberapa dan masih dalam proses pembinaan kat http://petitesepet.wordpress.com/..ok bai! teheeeeee =p

Jun 4, 2012

akan ku coba gapai..T__T

akak oki..akak oki setiana dewi.. ngapain datangnya minggu exam deh? bisa buat hati saya luluh deh..minat bangat sama filem lakonan akak dewi..mahu sekali bertemu ama akak dewi.. tapi..tapi..ngapain harus minggu exam.. :')....10 hb kok..11hb guwe ada paper chemistry..pagi-pagi lorh examnya..gi mana mahu pergi..sob sob sob.-hati-gundah-gulana-cuak-exam-



- peribadi seindah rupa dan secantik nama :) -


bagi kamu-kamu yang bisa..sila datang deh..ganti guwe.. hik hik

:: Menggapai Sejuta Pelangi Bersama Oki Setiana Dewi

::Tarikh : Sunday, June 10, 2012

:: Masa : 8.00 pm

Satu perkongsian dan dedah buku tulisan Oki Setiana Dewi sendiri , Melukis Pelangi yang bakal memberi inspirasi kepada semua untuk terus menambah keimanan kepada ALLAH..insyaALLAH..:)


## Ketika Cinta Bertasbih##
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih.
Mengutus hati ini.
Kusandarkan hidup dan matiku kepadamu
lalalalala... ;)