me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Dec 7, 2012

ukhuwah :) ~ part 1


--- ukhuwahfillah --- yang bermaksud ''ukhuwah kerana ALLAH''

--- uhibbukifillah --- yang bermaksud ''saya sayang kamu kerana ALLAH'' 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ah..dah sem last.!! 
sem depan dah nak praktikal..
wei..wei..wei..tinggal berapa minggu je lagi kita nih..
dah last-last sem baru nak baik..
baru nak kenal lebih rapat dah nak habis..
ah..sebab sem ni banyak kita buat kerja sama-sama..
alaaa..sedihnya..nanti sem depan dah susah nak jumpa..
sem ni je tinggal nak bersama..


ahh..pejam celik pejam celik dah nak habis dah duk ukm ni..

sem depan dah praktikal..
dah kena pergi sekolah..
dah la dapat sekolah jauh-jauh..
geng-geng dapat sekolah lain-lain..
hasilnya bersepah-sepah duduknya..


hari ni..
sahabat-sahabat sudah mula..
mula lah nak keluar ayat sedih-sedih bila fikir dah tak lama masa bersama..
status semua nak sentap jiwa sebak je kan..hahaha
kot ye pun tunggu lah lewat2 sikit..
ni tak pasal-pasal dah hati sedih awal-awal..
ceiitt..!! :p


dan hari ni..
aku semakin sedar..
YA ALLAH..indahnya bersahabat..
bersahabat tu membahagiakan..
bertambah indah bila hubungan tu terjalin keranaMu..
ALHAMDULILLAH..terima kasih YA ALLAH :')

ni lah antara hasil-hasil karya sahabat yang buat ku sebak di pagi yang aman ~ sob sob *sambil kesat hingus**

sahabat 1 :


 xlame dah nak habis study ni.. =)


Photo: Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati..



sahabat 2 : 

''ukhuwah yg terbina bukan seperti kuntuman bunga..tapi persis tasbih yang ada awal tiada penghujungnya..dicantum demi cinta_Nya..diratib demi redha_Nya..ukhwah fillah..insyaAllah.. :(..sedih plak rasa..dah final year baru nak rapat kena pisah plak ...''



sahabat 3 :


''seandainya kita bersahabat dan saling cinta mencintai kerana Allah, maka perbualan kita bukan lagi berkisarkan tentang si polan dan si polan. Tapi perbualan kita berkisar tentang cara nak dapatkan redha Allah. Alhamdulillah Allah kurniakan saya ramai sahabat yang sama-sama mahukan redha Allah.. :)..''



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa ada pertemuan?
''..kerana Allah takdirkan..''
kenapa ada perpisahan?
''..sebab Allah tentukan..''


p/s :: ukhuwahfillah itu indah..Allamdulillah..semuanya dari Dia :)

Nov 29, 2012

hayati :')




Buat teman-teman muslimah..

~MUSLIMAH~


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati



p/s :: semoga terus diberi kekuatan..in shaa ALLAH :')

Nov 2, 2012

anda kecewa ?



kecewa bercinta..sakit kan? gileer tak sakit.!! peerghh..belah dada tengok jiwa..berdarah meleleh-leleh..kalau hati tu kaca, dah berderai..kalau hati tu kayu, dah reput..kalau hati tu besi,dah berkarat....kan?kan?

kenapa jadi macam ni?

ape salah saya?
mana silap saya?
apa yang kurang?
selepas hampir 6 tahun bersama?
kenapa ini sudahnya?
YA ALLAH..sakit..
sakit sangat..
boleh mati rase awak takde ngan saya..
hilang separuh nyawa.
ah..puas saya fikir..
apa salah saya dah buat..
tidur terjaga..
makan tak rase pape..
buat kerja semua tak kena..
ah..saya betul-betul perlukan awak..
kenapa tinggal saya?

bila dikecewakan..macam-macam rasa..macam-macam..macam-macam lah..tak boleh nak explain macam mana rasa..macam hati mati..rasa macam...macam...macam..ahh..kalau yang pernah rasa..mesti tahu rasa apa...yang semestinya..s.a.k.i.t....sampai tahap kalau boleh, saya dah tak nak rasa sakit tu..


ya..sakit sangat..

bila sakit kuasai hati
bila marah kuasai hati
bila kecewa kuasai hati
bila sedih kuasai hati
bila hati tidak lagi suci
mula timbul dendam dalam diri..

bila hati mula kotor..mula tidak menerima suratan ILAHI..marah pada diri..marah pada takdir..tak pernah nak terima apa yang jadi..YA ALLAH..kotornya hati.. T_T


anda hilang cinta manusia
tapi anda masih ada cinta_Nya
carilah cinta ALLAH
sampailah suata ketika
inyaALLAH
selepas anda terima semua terjadi
selepas anda redha takdir diri
selepas anda betul-betul bersihkan hati


jawapan dari saya...

terima kasih YA ALLAH  :')
terima kasih jugak awak..sebab tinggal saya :)


Betul anda kecewa?
Anda kecewa kerana bercinta? Baca ni :)

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat dan diriku yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..



selepas lama berlalu
sehingga saya betul-betul kuat
sehingga saya betul-betul terima
selepas saya belajar memaafkan
ALHAMDULILLAH..saya nampak sebab sebaliknya

p/s ::moga diri ini selalu dilindungi_Nya..aminnn.. :')

Oct 1, 2012

terkepit tersepit

''..aku dah kata dah..aku tak nak..aku tak nak lah..''

''..kau boleh yatt..kau boleh..semua ade untuk sokong kau..''

undian berpihak pada aku..ahh..bukan tak nak jadi ketua class..time ni lah kau nak tunjuk kau berbakat..kau boleh jadi pemimpin..time ni lah kau boleh ushar mana-mana jejaka comel atau jambu yang kau berkenan..kann.!!  jadi ketua class,aku tak kisah beb..lagipun sem last..sem depan dah praktikal..pastu grad..at least boleh jugak merasa..ni asyik jadi penolong je..sekali-sekala nak jugak maju..ye beb?? 

memang lahhh..!! ketua class je beb.! KETUA sahaja..tapi bukan kena jadi KP ( Ketua Pengarah )..aku tak nak beb..aku takut..serius.!! dah la aku ni orang paling malas bab-bab nak jadi AJK program..tetibohhh nak kene jadi KP terus..tu gila beb. gileee nama dia.!

''pehal plak kau tak nak?? boleh..kitorang ade kot nak tolong kau..kitorang semua ade pengalaman..sentiasa sokong kau beb..alah..kau boleh nye..''

meh sini nak cakap pasal ape aku tak suka or tak nak jadi orang tertinggi dalam program atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya ::

1) Terkepit :: 

antara pensyarah dan member-member :: hah..ni salah satu..mahu tak terkepit beb.!! secara automatik akan menjadi medium perantaraan antara pensyarah dan juga member-member..

pensyarah ::
"saya nak buat class juga hari esok..tak kisah lah ade pekeliling memaklumkan cuti kerana  mengundi (PRK)..saya nak buat class jugak..''    
member-member :: 
''..ala..tak kan nak buat class jugak kot..mane sempat..nak mengundi lagi.."
pensyarah :: 
 ''..tak apa..saya lewatkan satu jam class untuk bagi ruang pergi mengundi..''
member-member :: 
'' wei..surat pekeliling keluar..kata takde class sampai tenghari..aku tak nak g class..''
 ''..aku pun..aku  pun tak nak pergi jugak..'
 '' budak kolej ramai..tak sempat sejam je pagi mengundi..aku tak nak pergi..''
'' hah? start pukul 9am? 10am? bukan 8am? owh..aku memang tak pergilah class..''
aku :: 
''..errr...err...err...err...Dr...saya rase tak sempat buat class hari esok..ramai yang tak boleh datang..ade class lain..mengundi..dan pencadang pun ade..''
pensyarah :: 
''..urmm..tak pe..kita batalkan class..tapi awak kena datang..saya nak jumpa..''

aku ::

   -_______________-''''

2) Tersepit ::

antara member dan member :: wow.!! yang ni aku paling tak suka..nak diluah mati mak..nak ditelan mati bapak!! eceh..berpantun..yee..dah memang itu kenyataan dia..aku memang cukup cukup cukup tak suka berada dalam keadaan ni..SERIUS

''..aku tak boleh datang lah tarikh tu..''
''..aku tak nak lah handle post tu..tukar la aku ajk lain..''
''..aku tak handle yang tu..susah..bagi lah yang senang sikit..''
''..aku tak boleh beb yang ni..serius aku tak boleh..''
''..alahh..boleh la..aku betul-betul tak dapat datang..''
''..kau kena tegas sikit wei..jangan ikut sangat dorang nak apa..''
''..tak kan kau nak ikut semua orang..nak puaskan hati setiap orang.? memang tak lah wei..''
''...aku tak boleh..saya pun tak boleh..i tak mahu..''

bebb..!! guwa pun tahan je tau..guwa kalau boleh nak jadi PESERTA yang ceria sahaja..sob sob :')

3) Tanggungjawab

bab ni aku tak payah cerita kot sebab ape...dah kau jadi ketua..kau buat ah kerja..memang mintak kena hambur la beb kalau kau duduk goyang kaki.. kalau tak pun gaya kau goyang kaki mintak orang rase nak..''..puih..puihh..''.,kannn..

4) Tugasan

owh yee..walaupun kau boleh bergaya atau beranggapan bahawa kau boleh melihat anak buah bekerja dan menjadi pemerhati sahaja,kau silap beb..kau..ketua..kena banyak fikir kot..nak kena deal dengan pensyarah lah..member-member lah..tengok tu lah..ni lah..nak-nak orang yang tak ada pengalaman macam aku..serius rasa nak muntah hijau beb.!! gila..gila..ahh..setiap masa nak kena bisik pada diri..''kau boleh..senyum..senyum..kau boleh..''..biar tengah menangis 'sok sek sok sek' tarik hingus pun..untung masih ramai member-member yang membantu 

5) Kerana aku ceria..ehem..errrr

dah..ape kaitan plak dengan keceriaan kau?? hahahaha..pasal ape? kau tanya lagi pasal ape?? pasal aku seorang yang ceria~dan-dan nak angkat diri..puuiih~..banyak mulut bunyiknya..gelak tidak sopan (macam mak tiri dalam drama bila pukul anak dia..)..lasak dan punya idea bab-bab nak sakat orang..jadi,perkara paling aku tak suka~ bergaduh dengan member-member~ pergghh..kadang-kadang tahan je bila marah terasa hati sedih..sesungguhnya berdiam itu adalah lebih baik..yang penting aku ngan dia geng macam biasa beb..

 manusia..dah nama manusia..buat apa pun tak akan semua nya sempurna..:)..tak akan semua orang bersetuju dan punyai pendapat yang sama seperti kamu..macam-macam mana pun,pasti akan yang berasa hati dan ketidakpuasan di hati..bila perkara-perkara macam ni berlaku..ya.!! ia merupakan momentdetikmasaketika yang sangat aku tidak suka...~bergaduh kerana program sahaja~

6) Kerana aku gadis..ehem ehem

kerana gadis ini sinonim nya adalah --> ''..beremosi..''....kan kan..paham-paham jelah uols..hati lembut~gituu


.............................

maka..kesimpulan dia..ini lah sebab munasabab mengapa aku tak suka nak pegang jawatan tinggi-tinggi nih..:')..walau macam mana sekalipun,aku akan tetap berusaha menghabisi tugasan yang telah diamanahkan..!! cukuplah yang pertama dan terakhir..dah jalan..menapak jelah terus kehadapan..~ hahaha


~ time susah lah nak kenal mana kawan mana lawan..ye dakk?? :)~



p/s ::  ~~ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku..sob sob~~

Aug 7, 2012

'kasih' si ibu :)

Munchhausen's syndrome..

ahh..jangan risau..ni pun kali pertama aku dengar sakit nih..tu pun selepas amik satu subject sampingan ( KESIHATAN MENTAL ) untuk lengkapkan pengajian ku di pengajian tinggi ni -ecehh-
so,Alhamdulillah..
dapat jugak siapkan tugasan kali ni..but..yang best nya sebab tugasan kali ni berbeza sikit..sebab we olss semua kene buat video or short filem..
sesudah berjaya menghasilkan short filem ni,
kami di suruh meng-hupload-kan video ni di u-tube
untuk dapatkan 500 viewers sebelum dinilai oleh pensyarah kami...

oleh yang sedemikian..
maka..
saya menyeru anda semua yang hadir di laman yang tidak seberapa ini,
membantu saya untuk mendapatkan jumlah yang dikehendaki..
tak mengapa..jika tidak mahu lihat..
hanya click sahaja..
semoga anda dirahmati di bulan mulia ini..
heh heh heh 
( berucap tak nak macam YB plak kan..muahahaha)


berbalik pada topik asal.
.ye..Munchhausen's syndrome..adalah..

http://www.youtube.com/watch?v=yriSKdsyCYg



hah..tak payah nak terang panjang lebar..pasal nya dah panjang description kat bawah video ni kan..hahaha..buat yang tidak sudi untuk click..tak mengapa..biar aku jelaskan...buat yang melihat,abaikan hasil kami yang tidak seberapa ini.
ahh..
mungkin kerana ini pengalaman baru kami dalam lakonan---retiss gittew---HAHA-

Munchhausen's syndrome merupakan salah satu gangguan jiwa. Pesakit yang menghadapi masalah ini akan memalsukan penyakit nya yang sebenar ke atas orang lain..
atau lebih saintifik nya adalah...
''Munchausen syndrome is a type of factitious disorder, or mental illness, in which a person repeatedly acts as if he or she has a physical or mental disorder when, in truth, he or she has caused the symptoms. People with factitious disorders act this way because of an inner need to be seen as ill or injured, not to achieve a concrete benefit, such as financial gain. They are even willing to undergo painful or risky tests and operations in order to get the sympathy and special attention given to people who are truly ill. Some will secretively injure themselves to cause signs like blood in the urine or cyanosis of a limb. Munchausen syndrome is a mental illness associated with severe emotional difficulties...'''

 ouh..tajuk entry ni kaitan dengan drama kami..tiada kaitan dalam laman ini..haha
terima kasih pada yang sudi menonton dan membantu..
jazakumullah khairan khatira  =)


p/s :: rasa macam nak bagi penampar bila tengok muka sendiri.. -..-''

Aug 4, 2012

mimpi si cinta.

mimpi kan si cinta?
kekasih?
pakwe?
boyfie?
gewe?
atau
bekas teman lelaki?
ahhhh..bukan..bukan..
takde kaitan yang hidup atau yang mati
ini hanyalah mimpi..
bukan mimpi di malam hari
mimpi si cinta yang aku IMPI...ehem..ehem..
ulang suara..
yang di-IMPI-kan..!


mula-mula


aku bertemu si adam...


kemudian....


Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta 
err..
ye..memang lirik lagu. -..-''




dan cinta itu seperti ini

menurutku cinta itu...


namun ketika cinta aku datangi

aku jadi malu  pada

keteranganku sendiri....

namun tanpa lidah cinta

ternyata lebih tenang...



mimpi si cinta??

cinta yang bertaut dalam cinta_Mu....aminnnn :')



DOA?

aminkan doa untuk dapat jodoh terbaik dari sisi Allah..

' Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah.''
ertinya...'..Ya Tuhan kami,berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat dlm urusan agama, urusan dunia dan akhirat..'



p/s :: pinang saya dengan bismillah.. !! hehe

Jul 27, 2012

islamic quiz :)

semase tengah terbang-terbang di twitter..ternampak lah islamic quiz ni dari ISLAMIC THOUGHTS..baca jawab baca jawab baca jawab then compare ngan jawapan-jawapan dari sahabat yang lain :)..kata ustaz.. " keep learning about Islam and share what you learn with others.." -maka dengan itu-nak juga kongsi ilmu ni bersama..heh heh heh...jum cuba jawab soalan quiz nih sesama..::

Islamic quiz ::

1) Which Prophet's nation was drowned by a flood?
A) Sayyiduna Salih (AS)
B) Sayyiduna Hud (AS)
C) Sayyiduna Nuh (AS)

2) Which Prophet was the first human being?
A) Sayyiduna Nuh (AS)
B) Sayyiduna Ibraheem (AS)
C) Sayyiduna Adam (AS)

3) Which Prophet was thrown into a well by his brothers?
A) Sayyiduna Yusuf (AS)
B) Sayyiduna Yaqub (AS)
C) Sayyiduna Lut (AS)

4) Which Prophet ruled the world?
A) Sayyiduna Zakariyya (AS)
B) Sayyiduna Eesa (AS)
C) Sayyiduna Sulaimaan (AS)

5) Which Prophet's nation demanded a she-camel?
A) Sayyiduna Moosa (AS)
B) Sayyiduna Dawood (AS)
C) Sayyiduna Salih (AS)

6) Which Prophet was ordered to sacrifice his own son?
A) Sayyiduna Isma'eel (AS)
B) Sayyiduna Ibraheem (AS)
C) Sayyiduna Shuaib (AS)

7) Sayyidah Maryam (AS) was the mother of which Prophet?
A) Sayyiduna Yahya (AS)
B) Sayyiduna Eesa (AS)
C) Sayyiduna Zakariyya (AS)

8) Who is the most highly ranked Prophet?
A) Sayyiduna Adam (AS)
B) Prophet Muhammad (SAW)
C) Sayyiduna Ibraheem (AS)

9) Which Prophet will return to Earth before Qiyamah?
A) Sayyiduna Eesa (AS)
B) Sayyiduna Moosa (AS)
C) Sayyiduna Ishaq (AS)

10) Which Prophet was swallowed by a fish?
A) Sayyiduna Yusuf (AS)
B) Sayyiduna Yahya (AS)
C) Sayyiduna Yunus (AS)



## wise people never stop learning :) ##


answers : 1:C 2:C 3:A 4:C 5:C 6:B 7:B 8:B 9:A 10:C...:)

Jul 22, 2012

Marhaban Ya Ramadhan.

Setitik tinta menjadi noda
Setitik salah menjadi dosa
Bulan penuh berkah sudah tiba
Mari tekun beribadah di bulan puasa

Marhaban ya ramadhan..sambutlah dengan senyuman..:)

wocheh..terasa macam pompuan melayu terakhir bila berpantun..hahaha..hai..salam ramadhan buat semua :) Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini tahun ini...'ramadhan' or 'ramadan' ? ritu adelah ternampak someone post kat twitter - spelling it rite..'ramadan' not ' ramadhan'.- hurm.bagi aku tak kisah la nak spelling macam mane pun..romadhon pon boleh!..yang penting...LURUSKAN NIAT...:)

nah.! jum niat sama-sama...



aha..ingat nak pergi pasar je ke kene buat checklist !! meh jum checklist ramadhan..:)

  • Niat puasa
  • Bersahur
  • Membaca Al-Quran
  • Solat awal waktu
  • Solat berjemaah
  • Solat Tarawikh
  • Menjaga pandangan
  • Memelihara lidah
  • Qiamullail
  • Banyakkan bersedekah

'' Ya ALLAH..don't let this Ramadhan will be the same..Please give me strength..Bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..:')...''


"..maaf kapung sesok..pinjam gamba meta deh.. =p..''

Jun 19, 2012

KRONOLOGI : Penghapusan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar



####"stop the killing n violence towards defenseless stateless muslim rohingya!"####





Kronologi Peristiwa di Rohingya :

3 Jun 2012 : 
10 orang Islam di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh kumpulan pengganas dan Rakhine kumpulan etnik perkauman.

- Mereka diserang setelah dikhabarkan bahawa seorang wanita Rakhine telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk islam di Akyap, ibu kota Arakan.

9 Jun 2012 :
Kampung Hazmia Para juga telah diserang dan dibakar.

10 Jun 2012:
Dua kampung terbesar, Warlispara dan Sakipara (dua kampung terbesar yang mempunyai bilangan orang islam Rohingya teramai) yang mempunyai Madrasah dan beribu pelajar telah diserang oleh Rakhine.

12 Jun 2012:
Pengawal sempadan Bangladesh dan pasukan peronda pengawal pantai tidak menerima (menghalau) 8 bot membawa lebih daripada 300 pelarian muslim Rohingya , kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.

15 Jun 2012:
angkatan tentera mengambil alih mengawal kampung Rohingya di Maungdaw dan Sittwe. Pergerakan dari rumah ke rumah hanya dibenarkan antara 12:00 petang hingga 3:30 petang.

Makanan, air, bekalan ubatan tidak lagi dihantar. Komunikasi dan elektrik masih dipotong. sementara semua kemudahan disediakan untuk agama Buddha Rakhines. Lebih daripada 50,000 masyarakat Rohingya memerlukan keperluan asas - air, makanan, ubat-ubatan dan pusat perlindungan untuk mereka yang kehilangan rumah dan kampung. Sekarang, hujan lebat di Maungdaw dan Akyab,muslim Rohingya tidak mempunyai tempat perlindungan untuk melindungi mereka dari hujan. Mangsa rusuhan Rohingya akan dijangkiti penyakit sekiranya hujan lebat masih berterusan.

16 Jun 2012:
orang Rakhine membakar perkampungan Haindapara di Maungdaw, daerah Arakan. Serangan bertempat di Arpauk Warr perkampungan Kyauktaw,daerah Arakan dan berlaku pertempuran dengan Rohingya. Seorang Rohingya meninggal dunia (disahkan) dan 21 buah rumah telah dibakar oleh Rakhine.

Rakhine mengepung kampung Aung Dine dan kampung Sakyar di Min Bya, daerah Rakhine . Orang Rohingya dari pekan Min Bya dalam keadaan bimbang dan tidak tahu bila Rakhine akan membakar kampung mereka.

nota :
1.Teruskan ikuti perkembangan saudara kita di Myanmar
2.Tembakkan doa buat mereka! adakan solat hajat di kawasan tempat tinggal anda!
3.Teruskan berkongsi maklumat-maklumat terkini kepada rakan-rakan anda! semakin ramai yang berongsi, semakin ramai yang tahu, maka semakin ramai yang mampu mendoakan!



###''we're Malaysian,and we care''###



Jun 16, 2012

tuition.teheee ;)

'cikgu! cikgu bawak student baru eh?'
wahah! macam nak buat lompat bintang aku mase tu..muda sangat ye nampak aku nih..or mungkin student-student sekarang mang nakal-nakal..-..-''.dalam pukul 6.30 pm,..diana..member aku call mintak tolong replace sorang cikgu ni kat tempat tuition dia mengajar.'kau tolong aku weh,ganti cikgu..ajar sains form 3..2 jam..2 class..pukul 7 pm aku amik kau.class start 8pm'..errr..ok!

tuition kat sri kembangan..boleh tahan la jauh dia..so sepanjang dalam kereta tu, aku macam orang hilang anak! cuak weh..cuak gila..dah la 1st time..nah..hambik! aku nak ajar ape ni weh? bab apa aku kene ngajar nih? aku nak cakap macam mane ni? sempat tak aku study sampai sane? beb..aku tak study hape pun nih! camne nak start? weii..otak aku kosong kot! 8tahun aku tinggal buku PMR tu..'rilex yat..rilex.kau kene cuba.nnt nak praktikal tahun depan,kau dah ade experience.kau dah tahu nak handle student.nnt kau dah terbiasa.kau boleh yat.boleh.!'

sampai class 7.50pm..solat..pastu dengan bantuan kawan aku,terus rentap buku rujukan PMR kat rak..bab 7.bab 7.bab 7..ahaa..bab heat! dengan sepintas lalu aku menelaah bab heat tu.ok.dah ready.1st class.'muka cool..dalam baju dah mengalir keringat-keringat disebabkan ke'cuak'kan aku'..fuhh..steady..steady..ok class..form brape nih? dah blaja sampai mane?ok..kita masuk bab7..sape dah blajar topic ni kat sekolah?.bab eletricity cikgu!!..aha..hah ! ELECTRICITY? bukan HEAT ke? pehal topic awak ngan cikgu lain nih? demmm.!!aku silap..tu form 1 punya bab..diannaaaa!! kau bagi aku salah topic hooii!!..

keringat-keringat peluh semakin pantas mengalir..sudahh..aku nak ajar ape nih.jap-jap.! bagi cikgu tengok-tengok dulu..maaflah.class 1st cikgu..tak biasa..'akak! eh..cikgu..ajar pakai buku kitorang lah..senang sikit'..ahaa..ok gak tu..buku dorang senang paham.pendek.start ajar..7.1,7.2,7.3,7.4,7.5..faham? faham cikgu.. ok stop! buat latihan.nah..lagi sekali! macam ape dah aku rase..latihan susah.rupanya aku dah terlebih mengajar dengan se'simple' yang mungkin..awak orang la nih..habis cikgu terlebih ke depan.haiishh!!.ok class.! kita start balik..hahaha..7.1..dengan lebih mendalam.rujuk balik buku PMR aku tadi..then discuss exercise..serious.dah la dengan otak kosong.rase macam orang bodoh depan student.dengan berpeluh.cover gugup lagi..dah campur baur melayu ngan english..haihh..ape kau nih cikgu yat? hahaha

then exchange class dengan diana..dia ajar math..'beb..nanti kau tanya ah dorang..mesti teruk kot aku kene.aku rase worse gila aku mengajar..ntah hape-hape.hahaha'.

masuk 2nd class.hahh.! kali ni dah hilang gugup..dah tahu nak explain..dah tahu nak start macamane..nak buat  ape.communication dengan student pun more better..dah gelak-gelak macam hape dah ngan student..dah tak de nak berpeluh-peluh nih..cool je rase..hahaha..fun jugak la.nak-nak bila student terjerit-jerit panggil cikgu! cikgu! kejap-kejap..akak..akak.! sebab dorang dorang percaya aku kata.'kita sebaya'..muahahaha

yes! 1st kene buat,build up relationship with student..bila relationship ok,so..penerimaan dorang pun ok..sampai end of class pun, dorang boleh bagi kerjasama yang baik.ada masa kene tegas sikit..tapi ade jugak lah 2,3 orang student yang susah nak handle..boleh nampak mane yang minat nak belajar,mane yang belajar sambil lewa.tapi yang paling aku risau, banyak mane dorang paham.banyak mane dorang dapat..yelah! dah la datang tuition kene bayar, rugilah kalau tak dapat pape.so,sebolehnya nak dorang betul-betul paham.biar aku ajar lintang pukang pon..hahaha.

nak tahu student class 1st cakap ape kat diana?

'cikgu,akak baru tu nervous eh?tangan dia ketar-ketar cikgu'..

'a'ah..cikgu tu 1st time mengajar..dia tak biasa.tu yang nervous sikit.ok tak?'

'owh..tak pe..kitorang faham cikgu..tak kisah..akak tu comel je cikgu bila mengajar...'

yehaaaa!! mula lah nak perasan sikit nih..COMEL.-muka hadap lantai-kaki kuis kuis tanah-..bhahaha..dah la siap panggil akak..diana dah buat muka pelik..hurmm..tapi tak berapa nak puas hati dengan pengajaran aku..maybe sebab tak sempat prepared pape kot..sebab kene ganti tiba-tiba..lambat bagitahu..otak kosong.kosong.kosong..tapi keyakinan tu semakin bertambah lah..ok lah..nanti praktikal,atleast aku dah ade pengalaman sikit..dah tak de nak peluh-peluh jantan mengalir laju di dahi...ade..ade..tapi saiz peluh tu kecik sikit..kelajuan mengalir kurang sikit..kot..hahaha..

mang plan dah lame nak mengajar tuition..selalu ade tawaran, harga best..kadang-kadang boleh sampai RM40 untuk satu jam je! paling cikai pun RM50 untuk 2 jam.ok ape..sape nak bagi RM50 untuk 2 jam kan..lagi pun mase mengajar tak rase pape..sejam macam 15 minit je.gelak-gelak.tup tup dah habis mase..tapi masalah bila transport tak de..join kawan-kawan boleh la..lagi pun bagus..rase pengalaman dulu before jadi cikgu yang real punya..build up keyakinan dulu..kan..:)



saat bila anda terasa macam nak terjun tingkap keluar dari class.-..-''

p/s: boleh lah singgah entry cikgu yayat yang tidak seberapa dan masih dalam proses pembinaan kat http://petitesepet.wordpress.com/..ok bai! teheeeeee =p

Jun 4, 2012

akan ku coba gapai..T__T

akak oki..akak oki setiana dewi.. ngapain datangnya minggu exam deh? bisa buat hati saya luluh deh..minat bangat sama filem lakonan akak dewi..mahu sekali bertemu ama akak dewi.. tapi..tapi..ngapain harus minggu exam.. :')....10 hb kok..11hb guwe ada paper chemistry..pagi-pagi lorh examnya..gi mana mahu pergi..sob sob sob.-hati-gundah-gulana-cuak-exam-



- peribadi seindah rupa dan secantik nama :) -


bagi kamu-kamu yang bisa..sila datang deh..ganti guwe.. hik hik

:: Menggapai Sejuta Pelangi Bersama Oki Setiana Dewi

::Tarikh : Sunday, June 10, 2012

:: Masa : 8.00 pm

Satu perkongsian dan dedah buku tulisan Oki Setiana Dewi sendiri , Melukis Pelangi yang bakal memberi inspirasi kepada semua untuk terus menambah keimanan kepada ALLAH..insyaALLAH..:)


## Ketika Cinta Bertasbih##
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih.
Mengutus hati ini.
Kusandarkan hidup dan matiku kepadamu
lalalalala... ;)



May 31, 2012

Reminder..untuk saya.!

oh..ini peringatan untuk diri sendiri..jalan-jalan di muka buku then 'terserempak' benda yang menarik nih..hahaha..-maaf ye incik fb..saya mintak copy.hek hek hek..=p-

''Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia.

Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji, bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..''




hurm..cakap pasal lelaki baik,jodohnya perempuan baik..selalu buat saya keliru.. maksudnya macam ''kalau imam muda, dapat ustazah pilihan la eh?''..jadi,kalau yang jahat tu dapat yang sama la ye? hurm..selalu terfikir sampaikan saya selalu persoalkan pada rakan-rakan..

''habis, kalau aku yang nakal + tak berapa nak baik ni, dapat camne? tak boleh dapat imam muda lah? hurmm..''

''alaaa..nak jugak dapat macam imam muda..ustaz ke..sipi-sipi ustaz ke..janji yang boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik..''

''waarghh..macam mane nih..nak ustaz..tapi ustazah pilihan ramai..aku tak layak..ok fine.! -..-'' ...''

hah..-ustaz jelah yang kau nak ye?-hahaha..takdelah..maksud saya,seseorang yang baik lah..tak payah ade 'title' ustaz pun takpe..janji boleh membimbing ke arah positif..gitu lah..kadang-kadang pening plus risau..hahaha..at last, ada juga jawapan yang melegakan sikit jiwa kacau nih..-ecehh-

''bukan tu maksud dia.. kalau dulu dia jahat, then berubah kepada yang lebih baik, insyaALLAH.. jodoh Allah dah tetapkan untuk kita..''

so,kesimpulannya.!.. sentiasalah usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. Tapi janganlah berubah kerana disebabkan orang lain, berubahlah demi kebaikan diri..insyaALLAH..ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita..sekian.=)




May 30, 2012

what you expect when you're expecting.

nah..wayang lagi..ha..gini lah kaedah nya bila dah hujung-hujung sem,stress dengan assignment berlambak,program sana sini,stress nak exam tapi otak kosong..-..-''..macam ni lah jadinya..kerja keluar je kan nak  meng'happy'kan diri..habis kuliah je, terus menapak pergi menonton..hahaha..so,this time cerita pasal mummy-mummy and daddy-daddy pulak..


What to Expect When You're Expecting

-''apa yang perlu harapkan apabila anda mengharapkan''- suka-suki-kau je kan-HAHA..cerita ini merupakan cerita komedi skrin about five couples yang saling berkaitan and they are turned upside down by the challenges of impending parenthood. urmm..quite nice la cerita dia..:) 

kelakar jugak lah..paling best bila scene mummy-mummy ni nak bersalin..kelam kabut..hahaha..ada juga lah part yang menyayat hati-scene Jennifer Lopez ambil anak angkat-scene Elizabeth Banks ada komplikasi semasa bersalin-mase Anna Kendrick keguguran-..menceritakan kepayahan,kesakitan,kekalutan,care si suami pada si isteri masa proses kelahiran si anak.:)..pada siapa-siapa yang nak kahwin or baru kahwin,boleh la pergi menonton..bagus cerita ni..biar si bakal daddy ni tahu kepayahan nak bersalin tu..heh heh heh ---> semua buat muka cencorot-kerut- mase scene bersalin.





motif pictures yang atas ni??.relationship?? ahh..bukan..ni yang paling penting nak disampaikan..nak beritahu yang daddy-daddy dalam muvie ni HOT-HOT belake..hahaha..serious jatuh hati ouhhh.!! =p ..



-layan big apple selepas habis menonton..lapor bebenor bila jalan sambil makan..hahaha-


-barisan pelakon tambahan..muahahaha-

May 16, 2012

wayang minggu ini.


yeahaa..!! the newly released trailer from ''mere hero''.Johnny Depp.!-lompat-lompat bintang- i bagi rating 9 dari sepuluh.tip top.meletup.!..pasal nye aku memang adore gila mamat nih.nak-nak cerita pirates of the caribbean...plus cerita fairytale yang comel-kacak-segak macam alice in wonderland and charlie and the chocolate factory yang aku suka tengok..ala-ala mimpi yang tidak dicapai dek tangan..gitu.! HAHA..so,story dia pasal PONTIANAK KACAK..eh eh..haha..stars Johnny Depp as Barnabas Collins,a 200-year-old vampire..  



The plot :

In 1760, Joshua and Naomi Collins sail from Liverpool and they set up a fishing port in Maine called Collinsport and also build Collinwood Manor. Their son Barnabas,grows up to be a wealthy playboy in the town. He breaks heart of a witch,who is also one of their servants,Angelique Bouchard, who later kills his parents and curses his family. He then studies dark magic to prove Angelique is in fact a witch,falling in love with Josette in the meantime. Angelique in an act of jealousy,puts a spell on Josette which forces her to leap to her death from a nearby cliff called Widow's Peak. Barnabas runs after Josette but he arrives too late. He jumps over the cliff to kill himself,but Angelique had already turned Barnabas into a vampire before hit the bottom on the cliff.

Then Barnabas is accidentally freed from his coffin. He makes his way back to Collinwood Manor.Barnabas decides to restore his family name..while Angelique discovers that he has escaped his shallow grave,she plots revenge and decides to try win him back//offering he either join and love her or she will destroy him and everthing he loves...

Dark Shadows Movie Review



Dark Shadows Depp and Green

then..to know more about this film, check it out and see what you think..!! hehehe..

## untunglah kalau semua vampire KACAK macam Edward Cullen  .!-muka gatal- >,<

the trailer ::

May 8, 2012

my baby gigi.

today,im loss my baby gigi...emm..emm..actually aku punya gigi bongsulah..hehe..so,hari ini dapat ponteng class dengan hati yang tenang disebabkan dapat mc.~owh..selalunya kau suka suki je nak skip class kan?~hah..tapi sakit oohh menanggung beban kehilangan gigi tersayang..dah la nak buat keputusan nak cabut tu sampai tak boleh tido..sayang gigi punya pasal..tapi atas nasihat doktor,ku gagahkan jua..sob sob..Y_Y..

asal?? gigi kau hitam ke? berlubang? asal nak buang? haaa..meh nak story mory sikit pasal gigi bongsu aku..1st,meh tengok lukisan aku dulu..




-->buruk nye kau lukis nyahh..-..-''

hah..kan lebih senang untuk terangkan dengan bantuan gamba scan aku nih..ahak.! see.. that's why la aku kene buang juga..sebab gigi tumbuh terbalik melawan arus..bila condition dia camtu,so makanan selalu stuck kat situ bila makan..untuk mengelakkan berlakunya infection,maka..HARUS dibuang.!!

so.1st..kene inject 3x..wargghh.!! berair2 mate aku..sakit hokay.!!..rase nak je tendang doktor tu..nak je jerit kata yang aku tak jadi nak cabut.serious sakit o0h.dah ah doktor tu asyik cakap 'susah ni..yang ni susah sikit''..SENGAL.!! dah ah ulang banyak kali..lagi la buat aku meronta-ronta nak balik..hahaha..then mulut pipi dah rase kebas2  dan hilang deria..bermula lah sketsa mencabut gigi..setelah gigih doktor tu berusaha,finally...tercabut juga my baby gigi..

''nak??'' tanya doktor sambil menunjukkan my baby gigi.
''erm..erm..'' angguk ku dengan sopan.~ecehh..~

kemudian doktor tu isi macam tembakau basah kat tempat cabutan tadi..eh eh..tembakau?? kau gila ke yat?? ~~.conclusion dia,aku tak tahu benda ape..dah nampak cam tembakau ayah..hahaha

habis? NOPE.!! 

jarum dikeluarkan..kemudian di susuli benang dark green colour (lebih kurang lah)..omaii..okay..ready untuk aksi jahit menjahit...wahhh.!!..JAHIT u all..jangan memain.!! ni 1st time dalam kehidupan ku kene jahit dengan 'tali tangsi' tu..--> owh..aku panggil benang tu tali tangsi..more prefer KOT..hahaha....bulat biji mate tengok tali tangsi dalam mulut..then..siap.!!next week,kene g cabut benang..:)

mula-mula cabut tadi tersenyum riang je..but right now...erm..erm..ermm..doktor.!!! nak inject lagi boleh?? please..sob sob..=')


-->doktor.! i rase u bukan bagi my baby gigi je..ngan gusi-gusi i sekali u bagi..huh.!!~


May 4, 2012

drama.drama.drama..yeah.!

 I will forget u
starting from today
u will be a person
that i do not know
just like a person 
that i've not seen
even we meet on the street
our paths have never crossed
i am all right
i've already forgotten
i am happy with my busy life
it fades away after some time
i can't even remember it clearly
right now it hurts
but after a while
it will heal
and i'm okay...=)

Apr 28, 2012

Hati vs Nafsu.


Alhamdulillah..baru pulang dari ARTS LIFE ISLAM FESTIVAL. Hati vs Nafsu.tajuk yang sangat menarik..tajuk untuk ceramah malam ni dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya,Ustaz Wan Akashah.


ustaz sampi awal dari ustazah..datang berasingan sebab ustazah ade program lain.mase tengok ustaz,perasaan macam biasa..mata ni lagi tertumpu kat orang yang lalu lalang(~lebih tepat usha ustaz muda~muahaha~=p)..tak lama lepas tu..ustazah sampai..mase tu mate betul-betul tumpu pada ustazah..Ya Allah..jatuh hati saya tengok ustazah..cantik..bertambah cantik dengan dalaman dia..mate ni tak berkelip..jauh lebih cantik dari dalam TV..mulut berbunyi-bunyi~''cantiknya..sejuk je mate tengok,eh..kurus.! tak sama macam dalam TV''..then time tu juga lah ustaz kata benda yg same.''mesti ramai pelik kan,ustazah nampak kurus dari dalam TV''..eh eh..ustaz macam dengar-dengar je kan..hahaha..bila ustazah mula berbicara je,terus rase seram sejuk.serius.rugi kalau tak datang.!!


soalan 1st dari ustazah..


"nafsu tu penting tak?"


dahhh...habis semua terdiam..tak berani nak jawab..semua dah takut nak jawab..hahaha..."penting..".nafsu minum,nafsu nak makan,nafsu nak berbelanja..hehehe..hurm..nak jaga hati,kene jaga nafsu..nak jaga hati,kene ikut 4P..kate ustazah..4P??meh nak share sikit ape yang saya dapat..~~ayat-ayat dari ustazah..saya tambah pun sebaris dua je :)


P = pandang..
jangan pandang lebih-lebih.."..dari kerana mata,yang mempunyai kuasa..aku tergoda.."..hah..dari lirik lagu pun dah tahu kan..orang kata,dari mata turun ke hati..sebab tu kalau jejaka dan gadis bercakap,jangan pandang sepasang mata! kerana pandangan mata adalah anak panah yang beracun..anak panah dari iblis.habis nak pandang mane ustazah? pandang lah hujung cuping telinganya..tapi jangan lah bila si gadis bertudung,si jejaka.." err..boleh selak tudung tu sikit? sebab saya tak nampak cuping telinga awak."..hah..! tu mang cari pasal lah kan..hahahaha.ingat..hati yang kotor membawa kepada hawa nafsu.!


2P = pegang..
sape kate kalau dah bertunang,dah nak kawin esok lusa boleh pegang tangan?fatwa mane tu? walaupun dah bertunang,jangan pegang tangan..itu semua godaan iblis..bila dah pandang-pandang..nak pegang-pegang...nak jaga hati,nak jaga iman..kene jaga nafsu.


3P = peluk..
ni selalu bila naik moto..kalau boleh nak duduk rapat serapatnya sampai duduk atas tangki minyak tu.tapi selalunya sebelum kawin la..bila dah kawin selalunya tak sempat si isteri nak naik,moto suami dah jalan..haha..habis macam mane ustazah? kalau tak peluk,mandi tak basah,tidur tak lena,jalan pun kabur..peluk...peluk je pokok,tiang ke..so,nanti kalau nampak ade orang peluk pokok,thats mean dia sedang mengawal nafsunya..tapi ustaz balas,kalau nampak nanti,putus urat gamaknya orang tu..=p


4P = penzinaan..
bila bisikan syaitan sentiasa berbisik..mane boleh pandang-pandang je..pegang.! bila dah pegang-pegang,peluk.! bila gagal,akhirnya berlakulah perzinaan ini..nauzubillah..bila cakap tentang zina ni,ustazah ade satu cerita...


''ada seorang pemuda..imannya sangat kuat..selalu beribadah kepada ALLAH..tidak meninggalkan solatnya..pada suatu hari,ketika berjalan pulang dari masjid menuju ke rumahnya,pemuda tersebut telah melalui rumah jirannya..bila sampai dihadapan rumah jirannya,tiba-tiba angin bertiup dengan kuat sehingga langsir rumah jirannya tersingkap..dan ketika itu,mate pemuda tersebut tanpa sengaja melihat wanita sedang menyalin pakaian.pemuda tersebut terus beristifar.


" Ya ALLAH..ampunilah dosaku Ya Allah...sesungguhnya aku telah terlihat aurat wanita tersebut.. Ya Allah..jangan siksa mataku..ampunilah dosaku Ya Allah." 


pemuda tersebut beristifar sepanjang perjalanan ke rumahnya..dan ketika itu,datanglah iblis menghasut..menguji imannya..


" ya..aku tahu hatimu tidak tenang.wanita itu sangat cantik..kulitnya sangat putih..pergilah kamu ke rumahnya..patah lah kembali..jangan bimbang,ibu bapa wanita tersebut tiada di rumah..pergilah kamu melakukan penzinaan dengan wanita itu.." maka pemuda yang kuat imannya itu berkata,


" wahai nafsu.! mana boleh saya menyentuh wanita itu..mana boleh saya melakukan penzinaan..bukan saya.! tetapi kamu  nafsu yang mahukannya.baiklah..saya ingin menguji kamu..kalau kamu kalah,saya tidak akan berzina dengan wanita itu..jika kamu menang..saya akan patah balik dan melakukan penzinaan."


lalu diambilnya sebatang lilin dan dinyalakan...


"saya akan meletakkan jari jemari di atas api ini,jika kamu dapat tahan..maka saya akan kalah..jika saya tidak tahan,maka saya menang.."


lalu pemuda tersebut meletakkan jeari jemarinya di atas nyalaan api lilin tersebut..dengan linangan air mata..pemuda tersebut berkata..


" Ya Allah..!! Ya Allah..!! panasnya nyalaan api ini Ya Allah..sesungguhnya aku tidak dapat menahan kepanasan api yang sekecil ini Ya Allah..api dunia yang panasnya dikurangkan 70 kali ganda dari api neraka pun aku tidak mampu menahan kepanasannya,apatah lagi api neraka-Mu.." 


maka..kalah lah nafsu tersebut dari imannya..


Subhanallah..betapa sayunya suara ustazah bercerita..sehingga tanpa sedar,saya juga turut mengalirkan air mata..Ya ALLAH..sukar digambarkan perasaan mase tu..Allahuakbar..banyaknya dosa-dosa yang saya dah buat..sampaikan saya terketar-ketar..semoga Allah terus memberi saya rasai ketakutan itu..sesungguhnya manusia mudah lupa dan alpa..aminnn..


ustazah dan ustaz pun ade cerita mengenai 4 RACUN HATI...


1. Jaga hati..jangan pandang sesuatu dengan berlebih-lebihan
2. Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata.
3. Jangan berlebihan dalam makan.
4. Jangan berlebihan dalam bergaul.jangan buat 4P.


berlebihan dalam berkata-kata tu bahaya kata ustazah..terutamanya pasangan bercinta..manis dalam menabur janji..then touch and go.! panggil dengan panggilan yang manje..anje,laling,baby lah..nak tiru cam justin bibir n selena gomok tu..part best bila ustazah nyanyi.!! hahaha..'i,i luv u like a love song baby... o0o..like baby,baby,baby..o00..i tot u'd always be mine,mine.."..(boleh tahan gak ustazah ni..hehehe).and yang paling penting..ingat..anak-anak yang melukakan hati ibunya dengan kata-kata sehingga ibunya terasa,maka derhakalah anak itu..tidak selamat di dunia akhirat dan tidak akan berjaya..nauzubillah.

sampai sini jelah yang boleh saya share serba sikit..maaf kalau ade yang tersalah..hanya mahu berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dengan kawan-kawan..maafkan diri yang khilaf ini..semoga ALLAH merahmati serta meredhai perjalanan hidup kita..aminn..:)


**Terima kasih Ya ALLAH..sesungguhnya buat aku tersedar tentang sesuatu..tentang kesakitan dan kegagalan yang telah diberi..besarnya nikmat-Mu Ya ALLAH.. people say " Allah sayang kita,sebab tu DIA bagi kita ujian.. and when those times u received bad news or something that u think its burden us..friends say ''sabarlah..ade hikmah disebalik semua yang berlaku..''..believe it..=)..bila kita sedar semua tu..sedar kenapa semua ni jadi..bila ada hikmah di sebalik kejadian..ALHAMDULLILLAH..terima kasih YA ALLAH..<3

"...Surah Al-An'am, ayat 67: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya) dan kamu akan mengetahuinya..."