me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Apr 8, 2013

berat hati?

aha..ape maksud berat hati aku kat sini?
tahu tak rasa sesak dada?
sesak nafas?
pergerakan serba tak kena?
rase macam ada bebanan.
rasa dada macam nak pecah.
rasa fikiran dah kusut sangat.
sebab seribu rasa babas ada dalam hati.
tu maksud berat hati.
plus rasa macam ade jongkong emas.berat.! (nampak sangat materialistik di situ..tak guna ayat 'hempap batu' skang~muahaha)

then apa korang buat kalau ada rasa macam ni?
jogging?
tengok wayang?
layan kartun?
karoke?
melalak?
jerit kuat2 kat gunung?
buat ais kepal?
warna buku lukisan?
gigit kuku?
hantuk kepala di dinding?
urmmm..terpulang kepada hak individu.
tiada paksaan atau cara yang diselaraskan untuk semua orang menggunakan cara yang sama.
tiada istilah satu malaysia or satu 'pendapat' di sini.
(maaf lah..sebab semua orang mood PRU kan? hahaha)

aku?
urmm..banyak sangat caranya.
makan coklat.
mandi.
termenung.
ketawa kuat-kuat.
melompat-lompat.
call mak. call akak. call adik. call kawan. call dia *ehem3..ekeke*
main games solitaire dalam laptop.
yaaa..tu semua cara aku buat untuk hilangkan berat hati.

tapi banyak-banyak cara yang dilakukan.
yang paling aku rasa tenang dan ringan semua berat hati.
MENANGIS.
lembik? kan?
pedulik lah..
bila seribu rasa bercampur menjadi kari gelap yang pekat kat hati aku.
rasa marah.kecewa.sedih.rindu.sakit.menyampah.penat.bodoh.putus asa.hilang keyakinan.
aku menangis.
dan antara seribu cara aku menangis.
dalam bilik air.dalam selimut.dalam bilik gelap.dalam bantal.dalam almari* pon boleh*.
paling selesa adalah.. di tikar sejadah.

bila siap solat. berdoa. mengaji. dan last sekali.
aku meringkuk di tikar sejadah.
dalam keadaan bertelekung.
dalam keadaan tak berapa nak terang tak berapa nak gelap.
menangis dan menangis dan menangis.
membuang seribu rasa babas di hati aku tadi.
sampai aku rasa tenang.
sampai aku dapat semangat baru.
kenapa tikar sejadah?
sebab kita menangis dengan kadar berpada-pada.
sebab automatik kita akan ingat Allah.
Allah ada dengan kita.
jadi, bangun balik.!

sekian.terima kasih.! hahaha =)


~ manusia pun bisa mengambil hikmah :)



p/s : ketika keadaan mengharuskan untuk menangis, tak usah berpura-pura. menangislah. tidak semua air mata berarti lemah :)

Apr 5, 2013

jalan :)

kadang-kadang kaki cuba melangkah lurus
tapi..kadang-kadang tersasar dari jalan
ibarat bertemu jalan bercabang
keliru dan alpa sampai tak sedar langkah mula membelok
dan langkah jalan lurus kembali
dan bertemu cabang yang lain
dan akhirnya..berpusing-pusing kitarannya.

erkkkhh..aku pun tak tahu nak cakap apa
apa yang aku nak kaitkan sebenarnya nih??
hahaha..

urmm..apa kaitannya.?
perasaan aku sekarang.
aku..
insan yang banyak kurang dan silap nya.
insan yang banyak berbuat dosa..
cuba mencari jalan yang menenangkan hati.
dengan niat mencari Sirat al-Mustaqim.
moga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya. amin.

tapi..itulah manusia..selalu alpa..pastu tersasar.
kembali tersedar.
dan tersasar seketika.
kemudian kembali semula.
~~Astaghfirullah hal 'azim.

apa yang aku nak sampaikan nih??
tersasar aje bila nak menulis..ekekeke
yang aku ingin sampaikan.
aku setuju dengan pendapat member aku nih.

" iman ni pun macam graf. kadang-kadang naik...kadang-kadang turun..kadang-kadang naik..bukan selalu boleh maintain.."

urm..aku setuju dengan pendapat dia
sebab manusia ni bukan maksum
tidak pernah terlepas dari buat dosa
korang aku tak pasti lah kan rasa apa
yang aku tahu, aku macam yang dia cakap tu.
dia pun cakap berdasarkan diri dia.
dan macam tulah aku..
macam ni..
contoh : (erkkk~siap contoh bagai..muahahaha)

" start hari ni, ku nak cuba solat awal waktu.."
~sehari, dua hari, seminggu,2 minggu..pastu..ummmpphh.! lewat jugak..kejap awal, kejap lewat..sebab? alasan godaan tv lah, drama best lah, makan dulu lah, main game, penat..rehat 'kejap' lah...

" mulai sekarang nak pakai tak ketat-ketat..banyak pakai skirt, kurangkan jeans, tudung nak jatuh je tutup dada.."
~pakai..tutup dada..dah banyak pakai skirt..jeans dah kurang..baju panjang..tetiba! waahhh~ cantik pulak trend baju sekarang ni..lawa2 sungguh..lengan dah panjang,tapi..tapi..eh..yang lengan tiga suku tu cantik!!.**dah mula nak lari dah tu..nampak tak? nampak?**

ha..camtu lah lebih kurang maksud aku..
itulah yang nak disampaikan sebenarnya.
kalau ikut pun banyak kisah yang kita pernah dengar
pasal orang awalnya alim, akhirnya berbuat dosa.
orang yang banyak dosanya, akhirnya mati dalam iman.
masyaAllah..moga kita pun terpilih mati di jalan Nya :')


" wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang [39:53]

so kesimpulan untuk entry ni :


**eehh..ada kena mengena ke? ahh..cuba kaitkan jugak.!! hahaha**


p/s :: semoga diri ini terus istiqamah..in shaa Allah..semoga kita sentiasa dirahmati dan di bawah lindungan-Nya..aminnn.!!