me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Apr 8, 2013

berat hati?

aha..ape maksud berat hati aku kat sini?
tahu tak rasa sesak dada?
sesak nafas?
pergerakan serba tak kena?
rase macam ada bebanan.
rasa dada macam nak pecah.
rasa fikiran dah kusut sangat.
sebab seribu rasa babas ada dalam hati.
tu maksud berat hati.
plus rasa macam ade jongkong emas.berat.! (nampak sangat materialistik di situ..tak guna ayat 'hempap batu' skang~muahaha)

then apa korang buat kalau ada rasa macam ni?
jogging?
tengok wayang?
layan kartun?
karoke?
melalak?
jerit kuat2 kat gunung?
buat ais kepal?
warna buku lukisan?
gigit kuku?
hantuk kepala di dinding?
urmmm..terpulang kepada hak individu.
tiada paksaan atau cara yang diselaraskan untuk semua orang menggunakan cara yang sama.
tiada istilah satu malaysia or satu 'pendapat' di sini.
(maaf lah..sebab semua orang mood PRU kan? hahaha)

aku?
urmm..banyak sangat caranya.
makan coklat.
mandi.
termenung.
ketawa kuat-kuat.
melompat-lompat.
call mak. call akak. call adik. call kawan. call dia *ehem3..ekeke*
main games solitaire dalam laptop.
yaaa..tu semua cara aku buat untuk hilangkan berat hati.

tapi banyak-banyak cara yang dilakukan.
yang paling aku rasa tenang dan ringan semua berat hati.
MENANGIS.
lembik? kan?
pedulik lah..
bila seribu rasa bercampur menjadi kari gelap yang pekat kat hati aku.
rasa marah.kecewa.sedih.rindu.sakit.menyampah.penat.bodoh.putus asa.hilang keyakinan.
aku menangis.
dan antara seribu cara aku menangis.
dalam bilik air.dalam selimut.dalam bilik gelap.dalam bantal.dalam almari* pon boleh*.
paling selesa adalah.. di tikar sejadah.

bila siap solat. berdoa. mengaji. dan last sekali.
aku meringkuk di tikar sejadah.
dalam keadaan bertelekung.
dalam keadaan tak berapa nak terang tak berapa nak gelap.
menangis dan menangis dan menangis.
membuang seribu rasa babas di hati aku tadi.
sampai aku rasa tenang.
sampai aku dapat semangat baru.
kenapa tikar sejadah?
sebab kita menangis dengan kadar berpada-pada.
sebab automatik kita akan ingat Allah.
Allah ada dengan kita.
jadi, bangun balik.!

sekian.terima kasih.! hahaha =)


~ manusia pun bisa mengambil hikmah :)



p/s : ketika keadaan mengharuskan untuk menangis, tak usah berpura-pura. menangislah. tidak semua air mata berarti lemah :)

No comments:

Post a Comment