me me and just me !

My photo
insan biasa sajor.! menulis sekadar memuntahkan apa ada di benak fikiran..penulisan yang sekadar cakar ayam..menaip bila ade mud sahaja..yg sudi bace,terima kasih yooo.!! aha..jangan bila ade post islamik dah judge aku ni baik or cube berlagak baik..ehh..ehh..nope!! hanya insan biasa sahaja,hati pun belum bersih..but im trying to be better muslim..in shaa ALLAH..and dont expect perfection from me..BECAUSE IM A SINNER :')

Nov 19, 2011

Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia

Pemerdagangan manusia merujuk kepada perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Seramai 2.7 juta manusia telah diperdagangkan di seluruh dunia pada setiap tahundan dianggarkan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk :

  • memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain,
  • buruh paksa,
  • hamba atau amalan yang samaseperti perhambaan.

Bagi kanak-kanak, eksploitasi termasuk untuk tujuan :

  • pelacuran
  • pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah,
  • perkahwinan kanak-kanak
  • pengambilan kanak-kanak sebagai tentera,
  • pengemis dan untuk tujuan kegiatan keagamaan.

ISU DI MALAYSIA

:: Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negara-negara Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan.

:: Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa.

:: Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri.

Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24)dan penjualan bayi (11).


Pegawai imegresen terlibat sama dalamjenayah pemerdagangan manusia ini.

No comments:

Post a Comment